PENGENALAN
-Designer drugs merupakan satu kumpulan analog bahan kimia yang telah terbukti
mempunyai kesan farmakologi.Analog adalah bahan-bahan kimia tiruan yang hanya
berbeza kecil dari segi strukturnya jika dibandingkan dengan bahan kimia
induknya.
CIRI UTAMA
- Dikeluarkan dengan tujuan mengelakkan kawalan undang-undang.Dadah disenaraikan mengikut nama dan struktur
kimia di bawah kebanyakan undang-undang.Designer drugs terkecuali daripada kawalan undang-undang kerana ia
merupakan bahan-bahan kimia yang baru dicipta dan seringkali diubah struktur kimianya.Oleh itu amat rumit
sekali untuk menyenaraikan bahan-bahan ini mengikut struktur kimia tertentu.
- Dicipta dan dikeluarkan secara haram oleh ahli kimia yang mahir. Ahli kimia yang mahir dan berpengalaman mencipta dan
mengeluarkandesigner drugs secara haram dengan menggunakan peralatan yang ringkas dan sedikit
sahaja bahan mentah.Tiada risiko yang dihadapi kerana tiada bahan mentah seperti heroin yang perlu diseludup untuk
membuat designer drug.Keuntungan yang diperoleh adalah besar.
- Bahan ini sangat susah untuk
dikesan dalam cecair badan kerana jumlahnya yang sangat
sedikit dan identitinya yang tidak menentu.Walau bagaimanapun, ia
mendatangkan kerosakan tisu
yang teruk dan boleh membawa maut.Sejenis designer drug telah
dilaporkan menyebabkan sebanyak 100 kes kematian di
California,Amerika Syarikat.Sejenis designer drug lain(MPTP)
telah mengakibatkan sejenis penyakit neurologi seakan-akan
Parkinson’s Disease yang mana sukar untuk diubati.Designer
drug MDMA pula telah didapati menyebabkan keadaan psikotik
seperti mana yang dialami oleh pengguna kokain dan amfetamin.
Tiga Kumpulan Utama Designer
Drugs
- Analog Fentanyl--------->Contohnya 3-methyl fentanyl yang merupakan analog kepada fantanyl.Fantanyl adalah sejenis narkotik yang digunakan dalam perubatan sebagai ubat pelali.Fantanyl adalah 100 kali lebih kuat daripada morfin, manakala analognya iaitu 30menthyl fentanyl yang dikeluarkan secara haram adalah kira-kira 3000 kali lebih kuat daripada morfin
- Analog Pethidine--------->Contohnya MPPP atau 1-methyl-4-phenyl-propionoxy-piperidine dan MPTP atau 1-methyl-4-phenyl-1,2,3,6-tetrahydropyridine yang lebih kuat daripada bahan kimia induk iaitu pethidine.
- Analog Methamphetamine----------->Contohnya MDMA atau 3,4-methylenedioxyamphetamine yang juga lebih kuat kesannya daripada bahan kimia induk iaitu methamphetamine.MDMA juga dikenali sebagai Ecstasy.
KESAN DAN BAHAYA PENGGUNAAN
-Ecstasy merupakan mood enhancing drug yang mempunyai kesan terhadap persepsi pengguna kepada keadaan sekeliling terutama warna dan bunyi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan