PENGENALAN
Opiat
juga dikenali sebagai narkotik adalah bahan yang digunakan dalam perubatan
untuk menidurkan atau melegakan kesakitan,tetapi mempunyai potensi yang tinggi
untuk menyebabkan ketagihan.Sebahagian daripada opiat ,seperti
candu,morfin,heroin dan kodein diperoleh daripada getah buah popi yang terdapat
atau berasal dari negara-negara Timur Tengah dan Asia.Lain-lain jenis opiat
seperti metadon adalah dadah sintetik/tiruan.
JENIS OPIAT
Candu Mentah
Candu Mentah juga dikenali sebagai Black Stuff,Opium Madat,Pen
Yeh,O dan Tar.apabila buah popi muda ditoreh,ia mengeluarkan getah putih yang bertukar
menjadi pekat dan berwarna coklat atau hitam.Bahan ini dinamakan candu mentah.
Ia mempunyai bau kuat, menganjal (elastic) apabila masih segar dan menjadi
keras jika terdedah pada udara.
Candu Masak
Candu
masak merupakan candu yang telah disediakan untuk dihisap.Ia diperoleh melalui
proses ringkas melibarkan pencampuran candu mentah dengan air yang kemudiannya dipanaskan
dan ditapis untuk mengasingkan kekotoran seperti habuk daun popi.Bahan tapisan
ini terus dipanaskan sehingga pekat.Candu masak berwarna coklat gelap dan
berupa seperti tar apabila segar.Ia menjadi keras apabila dibiarkan.Candu masak
kadang-kadang berupa seperti cerutu yang berwarna hitam,coklat atau keemasan
dan mempunyai buih-buih kecil.candu masak boleh dimakan,dihisap dengan
menggunakan paip atau dengan cara chasing the dragon.
Tahi Candu
Tahi
candu ialah sisa bakaran atau arang candu masak yang telah dihisap.Ia mungkin
terdapat dalam bentuk until terbakar ataupun kikisan dari paip candu.Tahi candu
boleh digunakan semula dengan mencampurkannya dangan air dan can candu mentah
ke candu masak.
Morfin
Dikenali juga sebagai M, White Stuff,White Powder,Monkey,Dreamer, Morph,
Morb,Cubes,Emsel dan Melter.Morfin ialah sejenis alkaloid yang diperoleh
daripada candu mentah.Dalam pasaran gelap,ia selalunya diperoleh sebagai morfin
mentah,bes morfin(morphine base) atau morfin sulfat atau morfin hidroklorid.Ia
terdapat dalam bentuk blok,serbuk atau pil.Cara menggunakan morfin adalah
dengan menyuntik larutan morfin atau menelan pil-pil morfin.
Morfin Mentah
Morfin mentah didapati dalam bentuk blok atau serbuk.Bentuk blok
selalunya berukuran 5 cm 3 10 cm 3 15 cm dan beratnya di antara 1,200 gm hingga
1,500 gm walaupun saiz dan berat blok mungkin berbeza-beza dari putih ke coklat
gelap dan kebanyakannya mempunyai tanda ‘999’.Blok-blok ini pada umumnya
mengandungi 70%-90% morfin hidroklorid.Dalam bentuk serbuk,morfin mentah
berwarna putih atau coklat dan berbiji halus.Bentuk ini diperoleh setelah blok
morfin mentah dibahagikan atau setelah blok tersebut dihancurkan sejurus
sebelum morfin mentah diproses menjadi heroin.Di tempat-tempat tertentu di Asia
Tenggara,ia kadang-kadang disebut sebagai ‘Heroin no.1’
Bes Morfin
Bes morfin ialah sejenis alkoloid yang diperoleh secara langsung
daripada candu.kadang-kadang ia mempunyai bau seperti serbuk kopi
halus.Kandungan morfin yang terdapat di dalamnya adalah antara 60%-70%.
Pil Morfin
Pil-pil mengandungi morfin sulfat atau morfin alkolid yang dikeluarkan
secara sad kerapkali dipesongkan ke pasaran gelap.Pil-pil ini kecil dan
berwarna putih atau coklat pucat
Bes Heroin
Bes heroin merupakan diasetil morfin sebelum ia diproses menjadi
diasetil morfin hidroklorid yang dicampurkan dengan bahan-bahan campuran
seperti kafein, striknin,kuinin dan skopolamin seperti yang terdapat dalam
Heroin No.3.Bes heroin merupakan heroin yang belum siap dikeluarkan.Bes heroin
kering merupakan pepejal yang boleh dihancurkan dengan tangan untuk menjadi
serbuk. Warnanya berbeza-beza dari kelabu pucat ke coklat gelap.Di
tampat-tampat tertentu di Asia Tenggara,ia dikenali sebagai ‘Heroin no.2’
Heroin No.3
Di Malaysia,Heroin No.3 juga dikenali sebagai Fit,Fun,Tepung,Cik
Putih,Barang dan Penang Pink kerana ianya berwarna merah jambu.Tidak kira di
mana ia dikeluarkan,Heroin no.3 dikenali dengan pelbagai nama seperti Hong Kong
Rocks, Brown Sugar,Chinese Heroin dan White Dragon Pearl.Pada umumnya ,ia
terdapat dalam bentuk ketul-ketulan walaupun kadang-kadang ia dihancurkan
menjadi serbuk dan mempunyai warna berbeza-beza dari coklat muda ke kelabu
gelap. Bahan campuran utama ialah kafein,walaupun kadang-kadang barbiturat
dicampurkan ketika proses menghasilkannya.Ketulan Heroin no.3 mengandungi
diasetil morfin di antara 25%-45%.Kadangkala terdapat juga sampel-sampel yang
mempunyai peratus ketulinan di luar lingkungan ini.Kandungan kafein dalam
Heroin no.3 di antara 30%-60%.Mungkin terdapat juga sejumlah kecil bahan-bahan
lain seperti striknin,kuinin dan skopolamin.Heroin jenis ini digunakan dengan
cara menyuntik,menghidu,menghisap dan chasing the dragon.
Heroin No. 4
Heroin No.4 berbentuk serbuk halus berwarna putih atau putih kuning
dengan kandungan sehingga 98% diasetil morfin hidroklorid.Hasil daripada
pembersihan yang dijalankan ketika pengeluaran,heroin jenis ini mengandungi
sedikit kekotoran bahan campuran apabila diniagakan secara haram pada peringkat
borong.Walau bagaimanapun,ia selalunya sudah bercampur dengan bahan-bahan lain
seperti laktos apabila dijual kepada penagih.Heroin jenis ini selalunya
digunakan secara suntikan.
Brown Heroin
‘Brown heroin ialah heroin yang dikeluarkan melalui proses pengeluaran
tanpa pembersihan.Bahan ini berwarna coklat,mengandungi ketulan-ketulan keras
dan mempunyai bau seperti cuka yang kuat.Apabila ia dicampurkan dengan bahan-bahan
lain,ia kadang-kadang dipanggil sebagai street level heroin.
Heroin Black Tar
Heroin jenis ini terdapat di Amerika Syarikat dan menyerupai tar dari
segi warna dan kepekatan Ia mengandungi sehingga 90% diasetil morfin berbanding
dengan 2%-6% yang terdapat pada Brown Heroin.Ia larut dalam air apabila
dipanaskan dan selalunya disuntik atau dihidu oleh penagih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan