Khamis, 13 Jun 2013

DADAH JENIS OPIAT

PENGENALAN

Opiat juga dikenali sebagai narkotik adalah bahan yang digunakan dalam perubatan untuk menidurkan atau melegakan kesakitan,tetapi mempunyai potensi yang tinggi untuk menyebabkan ketagihan.Sebahagian daripada opiat ,seperti candu,morfin,heroin dan kodein diperoleh daripada getah buah popi yang terdapat atau berasal dari negara-negara Timur Tengah dan Asia.Lain-lain jenis opiat seperti metadon adalah dadah sintetik/tiruan.

JENIS OPIAT

Candu Mentah
Candu Mentah juga dikenali sebagai Black Stuff,Opium Madat,Pen Yeh,O dan Tar.apabila buah popi muda ditoreh,ia mengeluarkan getah putih yang bertukar menjadi pekat dan berwarna coklat atau hitam.Bahan ini dinamakan candu mentah. Ia mempunyai bau kuat, menganjal (elastic) apabila masih segar dan menjadi keras jika terdedah pada udara.

Candu Masak
Candu masak merupakan candu yang telah disediakan untuk dihisap.Ia diperoleh melalui proses ringkas melibarkan pencampuran candu mentah dengan air yang kemudiannya dipanaskan dan ditapis untuk mengasingkan kekotoran seperti habuk daun popi.Bahan tapisan ini terus dipanaskan sehingga pekat.Candu masak berwarna coklat gelap dan berupa seperti tar apabila segar.Ia menjadi keras apabila dibiarkan.Candu masak kadang-kadang berupa seperti cerutu yang berwarna hitam,coklat atau keemasan dan mempunyai buih-buih kecil.candu masak boleh dimakan,dihisap dengan menggunakan paip atau dengan cara chasing the dragon.

Tahi Candu
Tahi candu ialah sisa bakaran atau arang candu masak yang telah dihisap.Ia mungkin terdapat dalam bentuk until terbakar ataupun kikisan dari paip candu.Tahi candu boleh digunakan semula dengan mencampurkannya dangan air dan can candu mentah ke candu masak.

Morfin
Dikenali juga sebagai M, White Stuff,White Powder,Monkey,Dreamer, Morph, Morb,Cubes,Emsel dan Melter.Morfin ialah sejenis alkaloid yang diperoleh daripada candu mentah.Dalam pasaran gelap,ia selalunya diperoleh sebagai morfin mentah,bes morfin(morphine base) atau morfin sulfat atau morfin hidroklorid.Ia terdapat dalam bentuk blok,serbuk atau pil.Cara menggunakan morfin adalah dengan menyuntik larutan morfin atau menelan pil-pil morfin.
Morfin Mentah
Morfin mentah didapati dalam bentuk blok atau serbuk.Bentuk blok selalunya berukuran 5 cm 3 10 cm 3 15 cm dan beratnya di antara 1,200 gm hingga 1,500 gm walaupun saiz dan berat blok mungkin berbeza-beza dari putih ke coklat gelap dan kebanyakannya mempunyai tanda ‘999’.Blok-blok ini pada umumnya mengandungi 70%-90% morfin hidroklorid.Dalam bentuk serbuk,morfin mentah berwarna putih atau coklat dan berbiji halus.Bentuk ini diperoleh setelah blok morfin mentah dibahagikan atau setelah blok tersebut dihancurkan sejurus sebelum morfin mentah diproses menjadi heroin.Di tempat-tempat tertentu di Asia Tenggara,ia kadang-kadang disebut sebagai ‘Heroin no.1’

Bes Morfin
Bes morfin ialah sejenis alkoloid yang diperoleh secara langsung daripada candu.kadang-kadang ia mempunyai bau seperti serbuk kopi halus.Kandungan morfin yang terdapat di dalamnya adalah antara 60%-70%.

Pil Morfin
Pil-pil mengandungi morfin sulfat atau morfin alkolid yang dikeluarkan secara sad kerapkali dipesongkan ke pasaran gelap.Pil-pil ini kecil dan berwarna putih atau coklat pucat

Bes Heroin
Bes heroin merupakan diasetil morfin sebelum ia diproses menjadi diasetil morfin hidroklorid yang dicampurkan dengan bahan-bahan campuran seperti kafein, striknin,kuinin dan skopolamin seperti yang terdapat dalam Heroin No.3.Bes heroin merupakan heroin yang belum siap dikeluarkan.Bes heroin kering merupakan pepejal yang boleh dihancurkan dengan tangan untuk menjadi serbuk. Warnanya berbeza-beza dari kelabu pucat ke coklat gelap.Di tampat-tampat tertentu di Asia Tenggara,ia dikenali sebagai ‘Heroin no.2’

Heroin No.3
Di Malaysia,Heroin No.3 juga dikenali sebagai Fit,Fun,Tepung,Cik Putih,Barang dan Penang Pink kerana ianya berwarna merah jambu.Tidak kira di mana ia dikeluarkan,Heroin no.3 dikenali dengan pelbagai nama seperti Hong Kong Rocks, Brown Sugar,Chinese Heroin dan White Dragon Pearl.Pada umumnya ,ia terdapat dalam bentuk ketul-ketulan walaupun kadang-kadang ia dihancurkan menjadi serbuk dan mempunyai warna berbeza-beza dari coklat muda ke kelabu gelap. Bahan campuran utama ialah kafein,walaupun kadang-kadang barbiturat dicampurkan ketika proses menghasilkannya.Ketulan Heroin no.3 mengandungi diasetil morfin di antara 25%-45%.Kadangkala terdapat juga sampel-sampel yang mempunyai peratus ketulinan di luar lingkungan ini.Kandungan kafein dalam Heroin no.3 di antara 30%-60%.Mungkin terdapat juga sejumlah kecil bahan-bahan lain seperti striknin,kuinin dan skopolamin.Heroin jenis ini digunakan dengan cara menyuntik,menghidu,menghisap dan chasing the dragon.

Heroin No. 4
Heroin No.4 berbentuk serbuk halus berwarna putih atau putih kuning dengan kandungan sehingga 98% diasetil morfin hidroklorid.Hasil daripada pembersihan yang dijalankan ketika pengeluaran,heroin jenis ini mengandungi sedikit kekotoran bahan campuran apabila diniagakan secara haram pada peringkat borong.Walau bagaimanapun,ia selalunya sudah bercampur dengan bahan-bahan lain seperti laktos apabila dijual kepada penagih.Heroin jenis ini selalunya digunakan secara suntikan.

Brown Heroin
‘Brown heroin ialah heroin yang dikeluarkan melalui proses pengeluaran tanpa pembersihan.Bahan ini berwarna coklat,mengandungi ketulan-ketulan keras dan mempunyai bau seperti cuka yang kuat.Apabila ia dicampurkan dengan bahan-bahan lain,ia kadang-kadang dipanggil sebagai street level heroin.

Heroin Black Tar
Heroin jenis ini terdapat di Amerika Syarikat dan menyerupai tar dari segi warna dan kepekatan Ia mengandungi sehingga 90% diasetil morfin berbanding dengan 2%-6% yang terdapat pada Brown Heroin.Ia larut dalam air apabila dipanaskan dan selalunya disuntik atau dihidu oleh penagih.

Jumaat, 7 Jun 2013

DESIGNER DRUGS

PENGENALAN
-Designer drugs merupakan satu kumpulan analog bahan kimia yang telah terbukti mempunyai kesan farmakologi.Analog adalah bahan-bahan kimia tiruan yang hanya berbeza kecil dari segi strukturnya jika dibandingkan dengan bahan kimia induknya.

CIRI UTAMA
- Dikeluarkan dengan tujuan mengelakkan kawalan undang-undang.Dadah disenaraikan mengikut nama dan struktur kimia di bawah kebanyakan undang-undang.Designer drugs terkecuali daripada kawalan undang-undang kerana ia merupakan bahan-bahan kimia yang baru dicipta dan seringkali diubah struktur kimianya.Oleh itu amat rumit sekali untuk menyenaraikan bahan-bahan ini mengikut struktur kimia tertentu.
- Dicipta dan dikeluarkan secara haram oleh ahli kimia yang mahir. Ahli kimia yang mahir dan berpengalaman mencipta dan mengeluarkandesigner drugs secara haram dengan menggunakan peralatan yang ringkas dan sedikit sahaja bahan mentah.Tiada risiko yang dihadapi kerana tiada bahan mentah seperti heroin yang perlu diseludup untuk membuat designer drug.Keuntungan yang diperoleh adalah besar.
- Bahan ini sangat susah untuk dikesan dalam cecair badan kerana jumlahnya yang sangat sedikit dan identitinya yang tidak menentu.Walau bagaimanapun, ia mendatangkan kerosakan tisu yang teruk dan boleh membawa maut.Sejenis designer drug telah dilaporkan menyebabkan sebanyak 100 kes kematian di California,Amerika Syarikat.Sejenis designer drug lain(MPTP) telah mengakibatkan sejenis penyakit neurologi seakan-akan Parkinson’s Disease yang mana sukar untuk diubati.Designer drug MDMA pula telah didapati menyebabkan keadaan psikotik seperti mana yang dialami oleh pengguna kokain dan amfetamin.
  
Tiga Kumpulan Utama Designer Drugs
- Analog Fentanyl--------->Contohnya 3-methyl fentanyl yang merupakan analog kepada fantanyl.Fantanyl adalah sejenis narkotik yang digunakan dalam perubatan sebagai ubat pelali.Fantanyl adalah 100 kali lebih kuat daripada morfin, manakala analognya iaitu 30menthyl fentanyl yang dikeluarkan secara haram adalah kira-kira 3000 kali lebih kuat daripada morfin

- Analog Pethidine--------->Contohnya MPPP atau 1-methyl-4-phenyl-propionoxy-piperidine dan MPTP atau 1-methyl-4-phenyl-1,2,3,6-tetrahydropyridine yang lebih kuat daripada bahan kimia induk iaitu pethidine.

- Analog Methamphetamine----------->Contohnya MDMA atau 3,4-methylenedioxyamphetamine yang juga lebih kuat kesannya daripada bahan kimia induk iaitu methamphetamine.MDMA juga dikenali sebagai Ecstasy.

KESAN DAN BAHAYA PENGGUNAAN 
-Ecstasy merupakan mood enhancing drug yang mempunyai kesan terhadap persepsi pengguna kepada keadaan sekeliling terutama warna dan bunyi.